Basikal/Sepeda Raleigh Sport yang dipaparkan adalah koleksi terbaru En.Abdul Rashid Ahmad daripada Pulau Pinang. Beliau merupakan peminat yang tegar terhadap basikal/sepeda klasik. Sifatnya yang bersahaja hampir tidak dikenali oleh kebanyakan pencinta basikal/sepeda di tanahair. Penulis telah bersemuka di Acara Pertandingan Sepeda Klasik tempohari. Selain koleksi terbaru ini, beliau juga memiliki basikal/sepeda jenama BSA dan beberapa item yang lain. Pihak ASAS akan berusaha untuk mengetengahkan koleksi beliau untuk tatapan kepada kalangan peminat basikal/sepeda di seluruh nusantara. ASAS tidak ketinggalan mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau di atas keizinannya menerbitkan artikel ini. [Nota : Foto yang terpapar di sini adalah dengan ehsan pemilik yang sah, sebarang salinan oleh pihak ketiga tertakluk kepada keizinan beliau]
Liputan Mesyuarat Agong KBTBB Kali Ke-3 - KBTBB mampu ke peringkat INTERNASIONAL
-
Sebagai sebuah Kelab / Persatuan yang sah berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), KBTBB telahpun berjaya mengadakan Mesyuarat Agung...
1 week ago
































