18 August 2009

PELANCARAN LOGO KOMUNITI PEMILIK BASIKAL KLASIK MALAYSIA

Sempena Pertandingan Sepeda Klasik, satu upacara pelancaran Logo Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia telah disempurnakan. Hasrat untuk mengumpulkan pemilik-pemilik basikal/sepeda/gerek klasik telah lama disuarakan oleh banyak pihak. Hakikatnya ramai pemilik basikal/sepeda/gerek masih menyimpan khazanah warisan yang berharga tersebut di rumah masing-masing. Daya usaha untuk merekodnya menghadapi kesukaran kerana ketiadaan pihak yang sukarela untuk melakukannya. Di atas kesedaran ini, pihak ASAS dengan sokongan semua pihak merayu kerjasama dalam menjayakan usaha murni ini. Diharapkan dengan usaha yang sedemikian, banyak lagi bahan warisan ini dapat diselamatkan untuk tatapan generasi akan datang. Pihak ASAS ingin mengingatkan bahawa kesediaan pemilik basikal/sepeda/gerek untuk memberikan maklumat adalah secara sukarela dan tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak khususnya pihak ASAS. Segala maklumat yang diterima hanyalah untuk rekod simpanan bagi tujuan kajian ilmiah sahaja.

Para pemilik basikal/sepeda/gerek boleh mengisi borang berkenaan secara online . Satu borang untuk sebuah basikal/sepeda/gerek, anda boleh mengisi lebih daripada satu borang bergantung kepada bilangan basikal/sepeda/gerek yang hendak anda daftarkan. Setelah borang diisi-penuh, ianya hendaklah di hantar dengan menekan butang "send email". Untuk mengosongkan borang sila tekan butang "clear", dan teruskan mengisi maklumat baru. Diharapkan anda boleh memberikan bantuan kepada rakan-rakan yang lain.

Muaturun dan lengkapkan borang secara online di SINI


Ada komen! Dipersilakan

Untuk kemudahan mengisi borang secara manual, sila muaturun borang di bawah dan boleh dicetak untuk diperbanyakkan kepada rakan-rakan basikal/sepeda/gerek sekalian.


Pendaftaran menerusi SMS ke 019-6953809 mengikut format borang di atas juga diterima .Begitu juga menerusi emel biasa.

Segala kerjasama dan sokongan anda amatlah dihargai.

8 comments:

Mofti (KSTJB) said...

Tahniah Cikgu Hopper...satu usaha yang cukup baik dan bernas. Pastinya ia akan menggalakan lagi pertumbuhan peminat sepeda/gerek/basikal antik di Malaysia. Kepada pemilik basikal anti di Malaysia, marilah kita sokong usaha murni ini demi memertabatkan khazanah Malaya yang kita sanjungi.

Anjung Sepeda Antik Sijangkang said...

Sdr Mofti,
Terima kasih di atas sokongan padu. ASAS membantu sekadar yang mampu kerana usaha murni ini adalah untuk tatapan generasi akan datang. Sdr daripada KSTJB boleh juga membantu ikhtiar yang sedang digiatkan ini.Daripada senarai yang ada nampaknya Cikgu Ijass menjadi orang yang pertama mendaftar. Sdr bila lagi? Terima kasih.

chegu hopper said...

Idea ini bukan idea saya seorang malah ramai yang terlibat lebih2 lagi Cikgu Sabri( Kelab Basikal Klasik Banggol Pasir,Changkat Jering, Sdr. MK & Sdr Jaafar KSTKPB dan otai2.Saya cuma mengutarakan pendapat/idea untuk kebaikkan bersama.Terima kasih semua..( Biasakan yang betul..perbetulkan yang betul)

Ahli KSTKPB said...

Salam,
Tahniah kepada ASAS kerana menjadi tuan rumah "PELANCARAN LOGO KOMUNITI PEMILIK BASIKAL KLASIK MALAYSIA".

Tahniah..

Anonymous said...

Apa sudah berdaftarkah Komuniti ini? Siapa Penaung dan Pengerusinya serta AJKnya? Saya minat nak join. Wakil Kg Indah.

Anjung Sepeda Antik Sijangkang said...

Wakil Kg Indah,

Kami dalam usaha ke matlamat tersebut, sebagai permulaan kami berusaha sedaya upaya untuk menjejaki peminat/pemilik basikal/gerek/sepeda (klasik/antik/tua)seluruh negara dan bernaung di bawah satu bumbung. Terima kasih atas minat saudara serta rakan-rakan dari Kg Indah, tersangat dialu-alukan.
Untuk melicinkan proses pendaftaran saudara boleh lakukan secara online, manual atau SMS. Secara manual dan SMS Cikgu Ijass diberi tanggungjawab untuk moderate. Terima kasih

Anonymous said...

Insyaallah saya akan ajak semua disini masuk kelab ini. T.K.

Unknown said...

salam.

terdahulu saya ingin ucapkan setinggi2 tahniah kepada anjung sepeda antik sijangkang kerana berjaya untuk menganjurkan pertandingan sepeda klasik tempohari.

komuniti pemilik basikal klasik malaysia ini amatlah dialu2kan. ini adalah kerana komuniti ini dapat memanjangkan silaturrahim antara pemilik2 sepeda diseluruh pelusuk tanahair. juga ia merupakan satu kesinambungan dari hobi ini. setelah penat lelah mencari ilmu dan membina koleksi sepeda masing2, hubungan yang akrab dengan pemilik2 dan kelab2 lain [networking] juga sangatlah penting.

sekalung penghargaan dan tahniah buat GETUAS, GSP, ASAS, KSTJB, KSTKPB serta pendukung2 hobi yang sihat ini: chegu kopsia [ijass], chegu hairie (hopper), adi dan geng ASAS, M.K dan KSTKPB yang bersama-sama menjayakan usaha murni ini.

dengan adanya gabungan ini, hendaknya pemilik2 dan peminat sepeda dapat bertukar2 pendapat dan maklumat serta lebih akrab hubungan persahabatan hendaknya.

sekian.

pyan_rudge