18 August 2009

PELANCARAN LOGO KOMUNITI PEMILIK BASIKAL KLASIK MALAYSIA

Sempena Pertandingan Sepeda Klasik, satu upacara pelancaran Logo Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia telah disempurnakan. Hasrat untuk mengumpulkan pemilik-pemilik basikal/sepeda/gerek klasik telah lama disuarakan oleh banyak pihak. Hakikatnya ramai pemilik basikal/sepeda/gerek masih menyimpan khazanah warisan yang berharga tersebut di rumah masing-masing. Daya usaha untuk merekodnya menghadapi kesukaran kerana ketiadaan pihak yang sukarela untuk melakukannya. Di atas kesedaran ini, pihak ASAS dengan sokongan semua pihak merayu kerjasama dalam menjayakan usaha murni ini. Diharapkan dengan usaha yang sedemikian, banyak lagi bahan warisan ini dapat diselamatkan untuk tatapan generasi akan datang. Pihak ASAS ingin mengingatkan bahawa kesediaan pemilik basikal/sepeda/gerek untuk memberikan maklumat adalah secara sukarela dan tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak khususnya pihak ASAS. Segala maklumat yang diterima hanyalah untuk rekod simpanan bagi tujuan kajian ilmiah sahaja.

Para pemilik basikal/sepeda/gerek boleh mengisi borang berkenaan secara online . Satu borang untuk sebuah basikal/sepeda/gerek, anda boleh mengisi lebih daripada satu borang bergantung kepada bilangan basikal/sepeda/gerek yang hendak anda daftarkan. Setelah borang diisi-penuh, ianya hendaklah di hantar dengan menekan butang "send email". Untuk mengosongkan borang sila tekan butang "clear", dan teruskan mengisi maklumat baru. Diharapkan anda boleh memberikan bantuan kepada rakan-rakan yang lain.

Muaturun dan lengkapkan borang secara online di SINI


Ada komen! Dipersilakan

Untuk kemudahan mengisi borang secara manual, sila muaturun borang di bawah dan boleh dicetak untuk diperbanyakkan kepada rakan-rakan basikal/sepeda/gerek sekalian.


Pendaftaran menerusi SMS ke 019-6953809 mengikut format borang di atas juga diterima .Begitu juga menerusi emel biasa.

Segala kerjasama dan sokongan anda amatlah dihargai.

KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEPEDA KLASIK

Pertandingan Sepeda/Basikal Klasik anjuran Kelab Sukan Medan Bakti dengan kerjasama Anjung Sepeda Antik Sijangkang telahpun diadakan pada :-

Tarikh : 16 Ogos 2009
Masa : 9.00 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Padang Awam Jalan Waja, Telok Panglima Garang,Selangor

Pertandingan ini telah diadili oleh para juri yang pakar tentang selok-belok basikal/sepeda antik samada daripada aspek sejarah dan teknikal. Sambutan dari kalangan peminat basikal klasik/antik amatlah mengggalakkan. Di sini dipaparkan keputusan resmi mengikut kategori:=

A. Kategori Sepeda 26
1. Ah Tai ( Sepeda No 15 ) - Robin Hood
2. Hairul Fahmi ( Sepeda No 16 ) - Hercules
3. Ainizam Yusro ( Sepeda No 9 ) - Raleigh

B. Kategori Sepeda 28
1. Mohd Saizol Othman ( Sepeda No 12 ) - Raleigh
2. Mohd Haris M.Sofian ( Sepeda No 30 ) - Humber
3. Hairul Fahmi ( Sepeda No 17 ) - Hercules

C. Kategori Sepeda Khas
1. Abdul Rashid Ahmad ( Sepeda No 3 ) - BSA
2. Mohd Khairuddin ( Sepeda No 28 ) - Raleigh
3. Mohd Saizol Othman ( Sepeda No 11 ) - BSA

D. Kategori Sepeda Copper
1.Azmi ( Sepeda No 32 ) - Griffin Cooper

E. Juara Keseluruhan "PERTANDINGAN SEPEDA KLASIK TERBUKA"

Abdul Rashid Ahmad Dari P.Pinang ( Sepeda No 3 ) - BSA

Pihak ASAS ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta, juri serta sesiapa sahaja yang berlibat secara langsung atau tidak demi menjayakan acara gemilang ini. ASAS berhasrat menjadikan pertandingan seperti ini sebagai satu aktiviti/acara tahunan pada masa akan datang. Segala sokongan anda amatlah kami hargai. Jumpa lagi di masa akan datang dengan sajian yang lebih mantap. Wassallam.


Urusetia di buka tepat 8.00 pagi


Peserta mendaftarkan diri


Deretan sepeda yang paling awal mendaftar
(Abang tu macam berminat aja)


Bilangan penyertaan semakin bertambah


Pemilik mempersiapkan sepeda masing-masing

Ketibaan Tetamu Khas berjalan melintasi barisan sepeda

Penyertaan di saat akhir

Sepeda Chooper pun ada

Sepeda BSA lipat

Rangka Sepeda Lengkok

Sepeda Saiz Junior (20')

Sepeda Kategori 28"

Sepeda Tandem Kanak-kanak (Pameran Sahaja)

Para hakim/juri sedang mengadili

Bang Long minta maaf tak ada kategori jenis ini dipertandingkan kali ini

Sementara menunggu keputusan, posing sekejap
------------------------------------------------------------------------------------
SESI PENGADILAN


Lihat juga link basikal