26 August 2009

Raleigh Sport

Basikal/Sepeda Raleigh Sport yang dipaparkan adalah koleksi terbaru En.Abdul Rashid Ahmad daripada Pulau Pinang. Beliau merupakan peminat yang tegar terhadap basikal/sepeda klasik. Sifatnya yang bersahaja hampir tidak dikenali oleh kebanyakan pencinta basikal/sepeda di tanahair. Penulis telah bersemuka di Acara Pertandingan Sepeda Klasik tempohari. Selain koleksi terbaru ini, beliau juga memiliki basikal/sepeda jenama BSA dan beberapa item yang lain. Pihak ASAS akan berusaha untuk mengetengahkan koleksi beliau untuk tatapan kepada kalangan peminat basikal/sepeda di seluruh nusantara. ASAS tidak ketinggalan mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau di atas keizinannya menerbitkan artikel ini. [Nota : Foto yang terpapar di sini adalah dengan ehsan pemilik yang sah, sebarang salinan oleh pihak ketiga tertakluk kepada keizinan beliau]

Pandangan Sebelah Sisi-Kanan
Pandangan Sebelah Sisi-Kiri
Peti Rantai (Minyak) Raleigh
Bermeter macam motor dan Lampu depan
Pedal Raleigh
Kunci Tekan GB
Tongkat Tengah Raleigh
Bateri Pack
Pemegang Handle RaleighRim dan jejari keluli
Penutup nut berantai
DynoHub Depan
Rakap Rata dan DynoHub
Hub Belakang
Kunci Tengkok
Saddle Brooks B66
Saddle Brooks

6 comments:

KSTKPB said...

Salam,
Tahniah kami kepada Tuan Rashid pemilik Basikal Raleigh Sport ini.Basikal yang cukup mantap dari segi baik pulih yang dilakukan,kemas dan bermutu.Raleigh Sports tahun 50an ini saya dapat menatapnya semasa pertandingan Basikal Klasik di Pulau Pinang.Inilah hasil kerja tangan orang2 utara yang sangat halus dan kemas.Tabik saya melihat basikal Tuan Rashid.Tabik sekali lagi Tuan Rashid.pada mereka yang baru memulakan hobi ini,harus mencontohi Tuan Rashid yang cukup low profile.Ini ciri-ciri basikal yang mempunyai nilai dan sejarah yang cukup tinggi.
Tahniah buat Tuan Rashid.

edisi said...

wah...makin meletop basikal classic sekarang ni...tahniah buat semua sbb menaik taraf dan menghidupkan memori lama...semoga berkekalan...

edisi said...

wah...makin meletop basikal tua skrg ni...harap berterusan...basikal tua dalam kenangan.dan kini muncul kembali dgn versi baru

jamian said...

tahniah

Rosli said...

basikal abg rashid ni mmg dasyat..hebat.Saya pun dah tgk secara live kat umah dia.mmg antik abis.meleleh la jugak air liur ni...bak kata abg rashid,rm5000 pun tak tentu lagi dia nak jual..sayang.maklumlah benda limited edition ni,klau dah jual jangan haraplah nak cari yang lain..

Anonymous said...

dahsyat memang dahsyt penangan basikal tua nih..
moh ramai2kan lah owner2 basikal tua nih